25 February 2010

Suhakam Siasat Penjara Sungai Buloh

Siasatan terperinci akan dilakukan oleh lima anggota kumpulan kerja aduan dan siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia berhubung laporan kecederaan yang di alami Raja Azman Raja Kamarudin esok di Penjara Sungai Buloh.

Siasatan itu juga akan mengambil kira kenyataan Raja Azman sekiranya wujud kelemahan dan pelanggaran hak asasi manusia sepanjang beliau ditahan di penjara tersebut.

Menurut Pesuruhjaya Suhakam Datuk N. Siva Subramaniam bahawa beliau akan memasuki penjara tersebut pukul 8:00 pagi dan di jangka selesai jam 10:30 pagi.

"Kami akan mengambil segala kenyataan beliau termasuklah sebarang ketidak puas hati beliau. Maklumat yang diperolehi akan mengambil kira sekiranya kelemahan dan pelanggaran hak asasi manusia berlaku ke atas Raja Azman," kata Datuk Siva.

Siasatan itu perlu bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kecederaan Raja Azman yang ditemui lemah di sel ekoran menelan bilah pisau cukur dan cedera pergelengan tangannya.

Raja Azman, 34, yang merupakan anak lelaki Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan itu.

Malah melalui portal ayahnya itu, Raja Azman didakwa cedera akibat penderaan fizikal dan tekanan mental yang dilakukan kakitangan jabatan penjara berkenaan.

Penderaan itu juga dipercayai taktik terdesak pihak berkuasa bagi mendorong Raja Petra keluar dari persembunyiannya. - SK

No comments:

Post a Comment