25 February 2010

Bunuh pelajar: Penganggur dihukum gantung sampai mati

SHAH ALAM 25 Feb. – Seorang penganggur dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang pelajar Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Yazid Mustafa memutuskan demikian selepas mendapati Tay Kok Wah, 32, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah semasa memberi keterangan diri.

Kok Wah didakwa membunuh Tang Lai Meng, 20, di rumah sewa mangsa di No. 27, Jalan Putra 4/1, Seksyen 1, Bandar Mahkota Cheras pada pukul 4.30 pagi, 2 Ogos 2007. - Utusan

No comments:

Post a Comment