IPOH 17 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir percaya Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bercakap benar apabila mendakwa wujudnya 'firaun kecil' yang mempunyai agenda berbahaya membawa Malaysia keluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Zambry, sebagai orang dalam, Zulkifli semestinya mempunyai asas kukuh sebelum membuat dakwaan seumpama itu.
"Apabila Zul (Zulkifli) cakap, mesti dia ada asas, sebab dia berada di dalam. Dia tahu apa yang dia cakapkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kata Zambry, apa yang berlaku itu memperlihatkan kerjasama antara Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas menghadapi kepincangan yang nyata.
Dalam masa sama, katanya, setiap parti pembangkang turut berhadapan dengan masalah dalaman parti masing-masing.
Beliau berpendapat, pakatan pembangkang tidak mampu kekal lama dan bakal menghadapi era kejatuhan seperti dialami Angkatan Perpaduan Ummah yang dianggotai Pas, Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) sebelum ini.
"Kalau lihat kepada perkembangan, tidak mustahil pakatan pembangkang terutama PKR tiada masa depan. Tetapi ini bergantung kepada nasib 'bos' mereka juga," katanya. - Utusan
* Rakyat Perak tidak sabar jatuhkan penyamun ini...
No comments:
Post a Comment