KUALA LUMPUR 17 Feb. - Rakyat boleh menilai dengan bijak tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba mempolitikkan isu pertuduhan liwat terhadapnya termasuk mendakwa wujud konspirasi terhadap beliau.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata, beliau yakin tindakan Anwar yang mengadakan ceramah di seluruh negara dengan mendakwa wujud campur tangan politik dalam kesnya itu tidak akan mempengaruhi rakyat.
''Saya rasa rakyat Malaysia boleh menilai. Kalau dibandingkan pada 1999, apabila Anwar pergi ke mahkamah, ribuan penyokongnya akan ikut beliau, tetapi hari ini tidak ramai.
''Jadi saya percaya ramai rakyat Malaysia pada hari ini boleh menilai dengan objektif apa yang sedang berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili lebih 500 Pemuda BN, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penulis blog, menghantar memorandum bantahan terhadap campur tangan pihak asing dalam kes liwat Anwar di Suruhanjaya Tinggi Australia di sini hari ini.
Anwar, 63, sedang dibicarakan bagi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.
Ditanya sama ada tindakan Anwar mengadakan ceramah berkaitan kes liwatnya boleh dianggap sebagai menghina mahkamah, Khairy berkata, beliau tidak berhasrat memberikan komen berhubung isu itu kerana tidak mahu dianggap cuba campur tangan.
''Hakim sendiri kena buat keputusan kalau ada bukti mengenai perbuatan menghina mahkamah yang diketengahkan kepadanya atau jika beliau sendiri membaca ucapan Anwar atau pemimpin pembangkang lain yang dianggap subjudis.
''Saya tak nak minta hakim buat keputusan, sebab saya tak nak campur tangan. Nanti orang kata, ada gangguan politik," katanya. - Utusan
* Dulu dia kata berhimpun itu amalan yang salah, sekarang dia galak berhimpun atas isu kecil yang segaja diperbesarkan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap penyelewengan UmnoBN. Rakyat Malaysia sudah tidak percaya dengan UmnoBN lagi.
No comments:
Post a Comment