16 February 2010

28 kematian angka tertinggi Ops Sikap

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Angka kematian Ops Sikap ke-21 yang memasuki hari kelapan mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu seramai 28 orang semalam.

Jumlah itu menjadikan angka yang maut sempena operasi tersebut sejak dilancarkan Ahad lalu terus meningkat kepada 122 orang.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, penunggang dan pembonceng motosikal mendahului senarai kematian dengan 13 orang.

Katanya, ia diikuti pengguna kereta (tujuh), kenderaan pacuan empat roda (tiga), pejalan kaki (dua), van (dua) dan penunggang basikal (seorang).

Menurutnya, sebanyak 938 kemalangan berlaku di seluruh negara membabitkan 328 kemalangan di jalan bandaran, jalan persekutuan (325), jalan negeri (162), lebuh raya (62) dan jalan-jalan lain (61).

"Daripada jumlah itu, 22 adalah kemalangan maut membabitkan 28 kematian," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di jalan persekutuan, tiga kes di jalan negeri, satu di jalan-jalan lain, manakala masing-masing empat di lebuh raya dan jalan bandaran.

Abdul Aziz berkata, sebanyak 9,408 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam tempoh tersebut.

Ops Sikap ke-21 yang bermula Ahad lalu sempena Tahun Baru Cina akan berakhir pada 21 Februari depan. - Utusan

* Negara pengeluar minyak dan pengeluar kereta tetapi ramai lagi rakyat tidak mampu memiliki kereta. Rakyat umpama mati disembelih di jalan-jalan raya setiap hari yang mengkehendaki korban purata 10 orang terutama penunggang motosikal. Sedangkan 'kezaliman' ini boleh diubah jika kesejahteraan rakyat menjadi agenda utama.

No comments:

Post a Comment