LUMUT 15 Feb. - Pasangan muda Cina tidak perlu bimbang untuk berkahwin dan memperoleh cahaya mata pada tahun harimau walaupun kepercayaan masyarakat itu menganggap ianya sesuatu yang tidak elok, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
Pengerusi MCA Perak itu berkata, beliau sendiri yang dilahirkan pada tahun harimau merupakan satu bukti bahawa orang yang dilahirkan pada tahun tersebut juga boleh mencapai kejayaan dalam hidup seperti orang lain.
"Bukan sahaja saya dilahirkan pada tahun harimau, kita amat bertuah sekali kerana Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir juga dilahirkan pada tahun harimau.
"Ini diharapkan akan memberi satu rangsangan untuk pasangan muda kita untuk melahirkan bayi pada tahun harimau ini," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina beliau di Marina Island Pangkor, Teluk Muroh di sini semalam.
Zambry dan isteri Datin Seri Saripah Zulkifli merupakan tetamu kehormat pada majlis berkenaan yang dihadiri lebih 2,000 tetamu pelbagai kaum.
Zambry dalam ucapannya turut menyatakan bahawa aktres antarabangsa kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh merupakan satu lagi contoh mereka yang dilahirkan pada tahun harimau mampu mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. - Bernama
* Hak rakyat diterkamnya tanpa peduli maruah negara tercemar...
No comments:
Post a Comment