Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didesak tidak lagi merujuk draf persempadanan semula kawasan pilihan raya kepada perdana menteri kerana ia boleh merosakkan imej badan itu dan menimbulkan kesangsian, kata PAS.
"Walaupun amalan ini sudah menjadi kebiasaan, namun dari sudut integriti dan kebebasan SPR masih boleh dipersoalkan," kata ketua penerangan parti itu Idris Ahmad.
"Sebarang draf cadangan pindaan terhadap undang-undang serta peraturan SPR yang melalui pintu pejabat perdana menteri pastinya menimbulkan kesangsian kerana ia boleh dipinda sesuka hati oleh perdana menteri mengikut kepentingan partinya.
"Kredibiliti SPR dan perdana menteri sebagai pegawai eksekutif dalam kerajaan boleh dipertikaikan kerana kepentingannya itu." - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment