13 January 2010

Pelakon Opah bebas daripada tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Bekas Pengurus Perbadanan Stadium Merdeka, Abu Bakar Kasim dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini tanpa dipanggil membela diri atas tiga tuduhan rasuah membaik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil bernilai RM26,756.60 kira-kira 11 tahun lalu.

Beliau yang juga bekas pelakon drama bersiri Opah diwakili peguam V. Rajadevan.

Keputusan itu dibuat oleh hakim, Fathiyah Idris setelah pendakwa gagal membuktikan elemen rasuah dalam ketiga-tiga tuduhan yang dihadapi oleh Abu Bakar pada tahun 1999. - Utusan

No comments:

Post a Comment