SHAH ALAM 14 Jan. - Permohonan bapa Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abd. Shukor untuk mendapatkan hak penjagaan (hadanah) dua cucu, Sheikh Arman Shukor Al-Masrie, 4, dan Siti Balkish Aishah Al- Masrie, 2, akan dibicara di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 6 Mei ini.
Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee @ Shaii menetapkan tarikh tersebut selepas peguam yang mewakili bapa Sheikh Muszaphar, Zulqarnain Lukman memaklumkan kedua-dua pihak gagal mencapai sebarang penyelesaian dalam kes tersebut.
Sheikh Mustapha bersama isterinya, Datin Zuraida Sheikh Ahmad mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 87(1) Enakmen yang sama untuk menuntut hak penjagaan dua cucu daripada menantunya, Haryati Mohd. Redza pada 23 Disember tahun lalu. - Utusan
No comments:
Post a Comment