KOTA TINGGI 14 Jan. - Sebuah gereja, St. Elizabeth di Jalan Kota Kecil di bandar Kota Tinggi di sini disimbah dengan cat merah dipercayai perbuatan khianat hari ini.
Perbuatan itu disedari kira-kira pukul 8 pagi ini oleh seorang ahli jawatankuasa gereja itu, Wang Kuy Leong, 63.
Kuy Leong kemudian menghubungi rakannya sebelum melaporkannya kepada polis mengenai kejadian berkenaan.
Utusan Malaysia yang meninjau lokasi mendapati, cat tersebut terkena pintu pagar dan tapak landskap serta kawasan letak kenderaan di hadapan gereja.
Terdapat tujuh bekas plastik merah dan dua tin cat yang setiap satunya bersaiz lima liter, dipercayai digunakan dan ditinggalkan di lokasi tersebut.
Bagaimanapun tiada kerosakkan teruk dilaporkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama, Asiah Md. Arif turut meluangkan masa melawat lokasi tersebut.
- Utusan
* Kerja budak budak nakal.
No comments:
Post a Comment