PEKAN 3 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam tempoh terdekat ini bagi menjelaskan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.
Serentak itu, Perdana Menteri meminta umat Islam bertenang sambil menyerahkan kepada kerajaan menyelesaikannya menerusi proses undang-undang.
"Kerajaan akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan bagi menangani isu ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 321 murid pada majlis anugerah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini. - Utusan
* Tindakan yang tepat kerana Agong ketua agama Islam yang menjaga kesucian agama Islam di Malaysia. Agong ada kuasa melebihi mahkamah.
No comments:
Post a Comment