KUALA LUMPUR 3 Jan. - Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak kedua mereka berusia 11 bulan yang ditinggalkan bersama pembantu rumah selama sejam mengalami lebam-lebam di bahagian pipi, dahi dan belakang bahagian selepas pulang dari bersarapan di restoran berhampiran rumah di Bandar Damansara dua hari lepas.
Berang dengan insiden itu, pasangan itu menuntut penjelasan daripada pembantu rumah warga Filipina berusia 31 tahun, yang menafikan melakukan perbuatan itu.
Tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan, pasangan itu kemudian bertindak melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah mereka.
Berdasarkan rakaman CCTV, amah itu didapati mendera bayi dengan memukul tangan dan menolak muka dan badan bayi malang itu dinding dengan menggunakan tangannya.
Ibu bayi itu, seorang setiausaha di sebuah syarikat dan suaminya kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya pada hari sama berhubung insiden itu. - Bernama
* Video di bawah ini adalah kes yang lain.
No comments:
Post a Comment