WASHINGTON: Amerika Syarikat mula mengenakan prosedur pemeriksaan lebih ketat terhadap kemasukan pelawat dan pelancong dari Yaman, Cuba, Nigeria, Syria, Pakistan, Sudan dan Iran di semua pintu masuknya, berkuat kuasa hari ini.
Arahan terbaru itu dikeluarkan pentadbiran Presiden Barrack Obama bagi memastikan kawalan keselamatan di negara itu terjamin.
Bagaimanapun, pemeriksaan ketat termasuk imbasan badan dan beg diwajibkan ke atas pelawat secara spesifik dari tujuh negara berkenaan.
Daripada tujuh negara berkenaan, tiga sememangnya negara yang termasuk dalam senarai AS sebagai 'negara penaja' pengganas iaitu Pakistan, Yaman dan Nigeria. - Reuters
No comments:
Post a Comment