25 December 2009

F-5E: Kolonel akan disoal

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Seramai 30 lagi individu termasuk seorang Kolonel akan dipanggil polis berhubung 'kehilangan' enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Sebelum ini difahamkan polis telah merekod keterangan kira-kira 70 pegawai, anggota TUDM pelbagai pangkat serta beberapa individu dipercayai pembeli enjin berkenaan.

Difahamkan hari ini pula, polis mengambil keterangan seorang pembeli di Ibu Pejabat Polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Perdana. Bagaimanapun lelaki itu tidak ditahan.

Ditanya sama ada Brigedier Jeneral antara 30 lagi individu yang akan dipanggil, sumber itu memberitahu, tiada pegawai berpangkat tersebut dalam senarai.

Sebelum ini, polis menahan empat individu termasuk tiga pegawai rendah TUDM. Kesemua mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan. - Utusan

No comments:

Post a Comment