03 December 2009

DAP tak ikhlas - Zambry

IPOH 3 Dis. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mempertikaikan keikhlasan DAP memohon maaf berikutan tindakan pemimpin parti itu memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas, Ahad lalu.

Menurut Zambry, sekiranya parti pembangkang itu benar-benar ikhlas, permohonan maaf tersebut harus diucapkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Dia (Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming) minta maaf, tapi ‘supremo’ dia takkan minta maaf,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian surat tawaran tapak rumah setinggan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) daerah Sungai Siput di bilik mesyuarat kerajaan negeri di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment