PETALING JAYA 3 Dis. — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 18 Feb tahun depan untuk perbicaraan kes A. Kugan, yang meninggal dunia semasa dalam tahanan polis pada Januari lalu.
Hakim Aslam Zainuddin menetapkan perbicaraan itu selama seminggu selepas pihak pembelaan yang diwakili Raj Pal Singh telah menerima kesemua dokumen yang diperlukan daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas. Pada 1 Okt lalu, seorang konstabel dari Balai Polis Subang USJ, V.Navindran, 28, mengaku tidak bersalah di mahkamah sama terhadap dua pertuduhan mengakibatkan kecederaan teruk terhadap Kugan.
Kugan, 22, ditahan polis pada 15 Jan tahun ini atas dakwaan terlibat dalam kes curi kereta tetapi meninggal dunia beberapa hari kemudian semasa dalam tahanan polis di balai polis itu. - Bernama
No comments:
Post a Comment