20 November 2009

Lelaki disyaki ketua kumpulan Diva mati ditembak

PULAU PINANG: Seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan Diva mati ditembak dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan polis di Gat Lebuh Nordin di sini hari ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditembak selepas dia melepaskan tembakan ke arah polis dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang.

Katanya pasukan polis yang menjalankan intipan sejak sebulan lalu mengesan lelaki itu di Bukit Jambul sebelum mengekorinya hingga ke tempat kejadian.

Ketika sampai di tempat kejadian, polis memintas kereta yang dipandu lelaki itu dan mengarahkannya keluar dari kenderaan yang dipandunya.

"Bagaimanapun dia yang memandu bersendirian enggan mengikut arahan sebaliknya melepaskan tembakan arah polis," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.
- hmetro

No comments:

Post a Comment