16 October 2009

Jualan DVD porno Miyabi melonjak

JAKARTA 15 Okt. - Lima individu yang menyalin dan mengedarkan cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) lucah bintang filem porno Jepun, Maria Ozawa atau dikenali sebagai Miyabi telah ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia.

Kelima-lima suspek ditangkap di lokasi berlainan di kawasan Jakarta Utara dan Jakarta Barat, semalam, ketika menjual lagu dan perisian cetak rompak komputer.

Jurucakap Polis Jakarta, Komander Kanan Chrysnanda Dwi Laksana berkata, mereka ditangkap dengan lima unit mesin penyalin, bersama 64,828 keping VCD-DVD yang sebahagian besarnya berunsur lucah.

"Ia termasuk VCD porno Miyabi, yang penjualannya melonjak sejak rencana kedatangan bintang porno itu ke Indonesia," kata Chrysnanda kepada agensi berita Antara hari ini.

Seorang dari mereka berkata, VCD cetak rompak memang dipertingkatkan kerana permintaan yang tinggi dari pelanggan.

Pihak polis turut menyita 9,865 perisian cetak rompak, 3,200 kulit depan lucah, 3,400 keping CD- DVD-R, 101 keping filem asal, empat set cop, komputer, pencetak dan sebuah kenderaan.

Meskipun pihak berkuasa terus membanteras cetak rompak, beberapa kawasan masih meneruskan aktiviti tersebut seperti di Glodok, Blok-M, Pasar Minggu dan beberapa kawasan lain di Jakarta.

Miyabi, 23, membatalkan hasrat berlakon dalam filem komedi Menculik Miyabi selepas mendapat bantahan keras penduduk tempatan. - AGENSI

No comments:

Post a Comment