KUALA LUMPUR 16 Okt. — Jabatan Imigresen Malaysia hari ini mengesahkan bekas ahli Parlimen Iraq, Mohammed al-Daini ditahan pada 10 Oktober lepas kerana didapati menggunakan dokumen perjalanan palsu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
"Suspek kini masih ditahan kerana pihak kita masih menunggu dokumen perjalanan baru daripada Kedutaan Iraq sebelum beliau dihantar pulang ke negara asal,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris hari ini melaporkan bekas anggota Parlimen Iraq, yang menghilangkan diri selama lapan bulan selepas terlibat mengarahkan serangan bom ke atas kantin Parlimen Iraq pada 2007, telah ditahan di Malaysia.
Abdul Rahman berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport 1966.
— BERNAMA
No comments:
Post a Comment