12 October 2009

Bekas pengawal dibicarakan semula selepas 16 tahun

PUTRAJAYA 12 Okt. — Ketika menyifatkannya sebagai kes luar biasa, Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan perbicaraan semula bekas pengawal keselamatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan dalam kes senjata api di Johor Bahru, 16 tahun lepas.

Mahkamah membatalkan sabitan ke atas Abdul Rahim Itap selepas mendengar bahawa tidak terdapat alasan kehakiman daripada Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang yang terlibat dalam kesnya, oleh kerana kedua-dua hakim telah meninggal dunia.

Peguambela K. Viknesvaran berkata, juga terdapat kekeliruan tentang seksyen mana dalam Akta Senjatapi (Hukuman Tambahan) Abdul Rahim didakwa, oleh kerana kertas tuduhan tidak ada dalam rekod rayuan.

Panel yang terdiri daripada Hakim-hakim Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk K.

N. Segara, dan Datuk Ahmad Ma”arop memerintahkan Abdul Rahim, 41, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 26 Okt. ini bagi sebutan kes.

Abdul Rahim, yang telah menjalani hukuman penjara selama 16 tahun, telah merayu selepas Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen mensabit dan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 30 Mei 2006. — Bernama

No comments:

Post a Comment