PETALING JAYA 12 Okt. —Hakim Mahkamah Sesyen melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan kes hasutan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin yang terpaksa ditangguhkan lagi berikutan pihak pendakwaan masih gagal menyempurnakan waran tangkap ke atas penulis blog itu.
Hakim Rozina Ayob berkata, mahkamah menjangkakan kes itu yang mula dibicarakan pada tahun lepas akan selesai pada akhir Disember ini.
"Mahkamah jangkakan kes ini akan selesai akhir Disember ini dengan pihak pendakwaan akan memanggil sekurang-kurangnya lapan saksi, tetapi sekarang tangguh lagi, ini dah masuk kali ketiga dan masih tidak dapat menyempurnakannya,” kata Rozina pada prosiding hari ini.
Penangguhan itu adalah kali ketiga selepas sebutan kes itu pada 22 Mei dan 17 Julai tahun ini.
Rozina kemudian menetapkan 11 Nov. sebagai tarikh baru. - Bernama
No comments:
Post a Comment