24 September 2009

Lelaki Setan

GEMAS: Seorang subkontraktor layak digelar lelaki bernafsu haiwan apabila dia yang sudah mempunyai tiga isteri sanggup meratah adik iparnya sendiri sejak beberapa tahun lalu.

Lelaki berusia 53 tahun itu dikatakan mula menodai adik iparnya yang kini berusia 13 tahun sejak Jun 2006 setiap kali mangsa bertandang ke rumahnya sewaktu cuti persekolahan.

Bagi mengelak gadis itu mendedahkan perbuatan sumbangnya, lelaki itu memberikan kemewahan wang ringgit selain menghadiahkan pelbagai barang berharga termasuk telefon bimbit.

Harian Metro difahamkan mangsa dikatakan merelakan dirinya menjadikan pemuas nafsu abang iparnya itu selepas diumpan kemewahan.

Kejadian itu dikatakan tidak disedari kakak mangsa apabila lelaki berkenaan memuaskan nafsu dengan adik iparnya pada sebelah malam.

Kegiatan lelaki bernafsu buas itu hanya terbongkar apabila seorang kakak mangsa yang pulang bercuti sempena Aidilfitri terkejut dengan kemewahan yang dimiliki adiknya itu.

Sumber berkata, kakak mangsa yang mengesyaki sesuatu mendesak adiknya menceritakan dari mana dia mendapat kemewahan itu sehingga membongkar kegiatan lelaki berkenaan.

Menurutnya, mangsa dibawa kakaknya membuat laporan di Balai Polis Gemas pada Isnin lalu.

“Perbuatan itu dikatakan mula berlaku pada Jun 2006 ketika mangsa berusia 10 tahun ke rumah suspek apabila cuti sekolah.

“Kerakusan lelaki itu berlarutan dan bagi mengelak kegiatan terbongkar, subkontraktor berkenaan memberikan wang ringgit dan kemewahan kepada gadis itu,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Nafsu serakah lelaki lebih separuh abad itu mengejutkan kerana seolah-olah dia belum puas biarpun ada tiga isteri berusia 20-an.

Harian Metro difahamkan mangsa pelajar tingkatan satu sebuah sekolah dihantar ke Hospital Tampin untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Harun, yang dihubungi Harian Metro mengesahkan menerima laporan, namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan. - Mymetro

No comments:

Post a Comment