18 August 2009

Tiada siapa yang istimewa dalam siasatan SPRM - Ahmad Said

KUALA LUMPUR: Tiada sesiapa pun diberi keistimewaan dalam siasatan kes rasuah sama ada membabitkan orang awam atau manamana anggota politik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Katanya, SPRM akan terus menyiasat keskes rasuah secara sama rata terhadap semua orang termasuk ahli politik sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang.

"Kita (SPRM) akan siasat macam biasa. Semua orang sama dan tidak ada seorang pun yang istimewa.

"Walaupun dia (yang disiasat) seorang menteri besar, (tetapi) dia tiada kuasa untuk menyekat dan menghalang siasatan SPRM," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang menasihatkan SPRM supaya terus menyiasat semua kes rasuah tanpa mengira kedudukan dan latar belakang seseorang.

Mengenai kenyataan Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull, Ahmad Said berkata Mohd Shukri berasa tertekan dengan kecaman yang diterima dan cuba mencadangkan satu mekanisme baru dalam siasatan SPRM.

Bagaimanapun, mekanisme baru yang dicadangkan itu tidak boleh dilaksanakan kerana walau apa cara sekali pun hanya SPRM yang boleh menyiasat kes rasuah dan bukan badan lain, katanya.

"Saya sudah menasihatkan dia (Mohd Shukri) mengenai perkara ini. Dia cuma tertekan sehingga mengeluarkan kenyataan itu," katanya.

Sabtu lepas, Mohd Shukri dilaporkan berkata bahawa pihaknya akan memberhentikan siasatan sertamerta terhadap semua kes membabitkan ahli politik ekoran suruhanjaya itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak berhubung cara siasatan dijalankan.

Mohd Shukri membuat kenyataan itu ekoran SPRM dituduh bertindak kasar ketika menahan pembantu kepada anggota exco kerajaan negeri Selangor, Wong Chuan How, 50, di pejabat perkhidmatan wakil rakyat di Sungai Pelek, Sepang, Selangor. - BERNAMA

* Tidak serik, rakyat terus diperbodoh...

2 comments:

  1. Apakah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan terkena selsema Babi sehingga mengeluarkan kenyataan seperti...

    "Tiada sesiapa pun diberi keistimewaan dalam siasatan kes rasuah sama ada membabitkan orang awam atau manamana anggota politik.."

    Tahukan anda (Ahmad Said Hamdan) rakyat satu malaysia sedang memerhatikan pembohongan anda...?

    Dengan ahli UMNO, anda boleh perbodohkan... tapi rakyat satu malaysia akan mencari anda apabila Barisan Nasional tumbang dalam pilihanraya akan datang....

    "SPRM PEMBUNUH"

    ReplyDelete
  2. Kes khir toyo tak ada bukti kaa..umumlah kat TV bagi kami tauu.....asyik2 YB pakatan saja yg disiasat..Jemulaaa...
    Terima Kasih TV3 kerna siarkan berita2 utk menjahanamkan Pakatan Rakyat TETAPI BN akan cepat dikafankan pada PRK13 nie...

    ReplyDelete