KUALA LUMPUR 18 Ogos – Pakar Forensik, Dr. Prashant Naresh Samberkar mengesahkan Teoh Beng Hock masih hidup semasa badannya terhempas di tingkat lima Plaza Masalam berdasarkan kecederaan-kecederaan yang dialaminya.
Beliau turut menyokong pendapat Dr. Khairul Azman Ibrahim bahawa Beng Hock tidak jatuh dalam keadaan terlentang atau tertiarap, sebaliknya kaki mencecah tanah dahulu dengan tekanan lebih pada kaki kanan.
Beliau yang memberi keterangan sebagai saksi ke-15 inkues juga berpendapat kesan putih pada kasut kanan mangsa adalah geseran pada lantai koridor tingkat lima di mana mayatnya ditemui. - Utusan
No comments:
Post a Comment