25 August 2009

Maut kena tetak lebih 10 kali

KUALA LUMPUR - "Saya hairan apabila dia langsung tidak menyahut panggilan saya ketika saya memanggilnya berkali-kali untuk membuka pagar kerana selalunya dia tidak begitu.

"Bagaimanapun, saya terperanjat apabila mendapati dia terbaring dengan beberapa kesan tetakan selepas saya masuk dengan memanjat pagar sebaik dibenarkan oleh majikan."

Demikian cerita seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali ketika diminta mengulas mengenai rakan sekerjanya yang ditemui mati dibunuh di Jalan E1/2 Kawasan Perindustrian Taman Ehsan Kepong di sini semalam.

Katanya, dia menemui mayat Ramli Ilyas, 41, dalam keadaan terlentang di pintu utama pejabat kilang ketika masuk ke kawasan tersebut pukul 7 pagi.

Pengawal keselamatan berasal dari Kampung Sembulan Lama, Kota Kinabalu itu ditemui mati dengan lima kesan tetakan di muka, lima di belakang kepala manakala lengan kirinya pula hampir putus.

Ketika kejadian, mangsa sedang bertugas mengikut syif malam iaitu dari pukul 7 malam hingga 7 pagi.

"Selalunya dia akan datang dan membuka pagar apabila mendengar saya memanggilnya untuk pertukaran syif.

"Saya kemudiannya telah menghubungi majikan sebelum dia mengarahkan saya supaya memanjat pagar untuk melihat apa yang berlaku dan saya terkejut sebaik ternampak mayatnya terlentang di atas lantai di pintu depan,'' ceritanya lagi di sini semalam. - Kosmo

* Malaysia yang aman dan makmur.

No comments:

Post a Comment