25 August 2009

Nyaris temui ajal tengok bank dirompak

SUBANG JAYA - Seorang warga emas yang memperlahankan kereta selepas ternampak beberapa orang melompat dan menjerit dari sebuah bank di Jalan Prima Utama 5/3 di Taman Prima Puchong dekat sini nyaris ditembak mati.

Semasa kejadian pada pukul 1.50 petang semalam, bekas peniaga restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Lim, 63, mahu meninjau apa yang berlaku di dalam bank tersebut.

Bagaimanapun, dia yang menjenguk dari kereta ke arah bank itu terkejut ternampak seorang lelaki berdiri dari jarak 10 meter sambil mengacukan pistol ke arahnya.

"Saya terus menundukkan kepala sebelum terdengar bunyi tembakan menembusi cermin depan kereta saya.

"Selepas 30 saat baru saya dapat tegakkan badan selepas yakin tidak cedera dan lelaki itu pula mungkin telah lari," kata beliau ketika ditemui di sini.

Sebaik bangun semula, Lim memberitahu, dia nampak lelaki itu telah menaiki kereta Proton Iswara yang dipandu seorang lagi lelaki lain.

"Lelaki itu mungkin salah sangka dengan tindakan saya memperlahankan kereta... mungkin dia ingat saya mahu melanggarnya," cerita beliau.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Khaw Kok Chin berkata, dalam kejadian itu, bank tersebut kerugian RM750,000 selepas dirompak dua lelaki memakai topi keledar dan bersenjata dua pucuk revolver. - Kosmo

* Pesta rompak, lanun dan curi di Malaysia 2009.

No comments:

Post a Comment