25 August 2009

PAS menang, majoriti menurun

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi.

Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.

Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999.

Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008. - Malaysiakini

* Peluang UmnoBN menang ada sehinggalah UmnoBN mengemukakan calon yang 'diragui'.

1 comment:

  1. Cadangan utk SPR supaya % pengundi akan mencecah 99.99%:

    >Mengundi pada waktu Malam mulai pukul 8 malam hingga 5 pagi..dan hari mengundi pilih pada hari Isnin hingga Khamis sahaja...??

    ReplyDelete