15 August 2009

Kempen Tandatangan ‘Anwar Pengkhianat’ Tiada Sambutan

KUALA TERENGGANU – Orang ramai yang lalu lalang dihadapan bangunan UMNO berhampiran Jalan Batas Baru, tidak pun peduli kepada sebuah kanopi yang dipasang ditepi jalan itu.

Apatah lagi mahu ambil pusing, melihat ‘banner’ yang direntangkan pada kanopi itu atau mahu melihat apa yang berlaku dibawah kanopi.

Kelmarin, tinjauan Buletin Online mendapati hanya 3 orang sahaja yang ‘duduk’ bersembunyi dalam kanopi itu, tidak ada kempen, tidak ada risalah yang diedarkan kepada orang ramai.

Isu ‘Anwar Pengkhianat’ kali kedua baru-baru ini dicetuskan kembali oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyidin Yassin, yang juga pernah menjadi rakan karib dan sekutu Anwar ketika dalam Umno.

Pada 2 Ogos lalu, Utusan Malaysia melaporkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.

Muhyidin menyifatkan Anwar sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.

Muhyiddin berkata, Anwar selaku Ketua Pembangkang kini menyebarkan dakyah untuk mencipta persepsi negatif terhadap usaha UMNO dalam mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan institusi raja.

“Dia kata kepada semua orang bahawa UMNO zalim, tetapi beritahu saya sekarang dalam cara apa yang kita zalim? Kenapa dia tidak beritahu ini semasa dia jadi pemimpin kita?” kata Muhyidin ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Tiadanya sambutan kempen tandatangan yang dianjurkan oleh Puteri dan Pemuda UMNO Terengganu membuktikan bahawa isu ulangan ‘Anwar Pengkhianat’ tidak mendapat perhatian.

Sebelum ini pada tahun 2007, Akhbar Harian The Star, bertarikh 3 Ogos 2007, melaporkan bahawa naib ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaludin melabelkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah mengetuai Pergerakan tersebut sebagai pengkhianat kepada perjuangan Melayu.

Malahan di dalam pengakuannya, Khairy berkata bahawa Anwar ialah satu alat yang digunakan oleh Amerika Syarikat dan Yahudi dan dia harus di buru sehingga tiada lagi tempat untuknya melarikan diri.

Khairy juga menegaskan bahawa tindakan Anwar untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah semata-mata untuk memenangi sokongan bukan Melayu dan Pergerakan Pemuda amat marah dengan tindakan tersebut.

Cubaan kali kedua UMNO menggunakan isu ‘Anwar Pengkhianat’ menunjukkan UMNO benar-benar sudah tidak ada modal politik yang boleh digunakan, kecuali menggunakan isu ‘racist’ ataupun perkauman.

Buktinya, negeri Terengganu yang mempunyai majoriti, lebih dari 95% penduduknya terdiri dari kalangan orang Melayu, kelihatannya tidak juga ‘termakan’ dengan umpan ‘perkauman’ UMNO. - Buletinonline

* Cuba bayar RM500 bagi setiap satu tandatangan.

9 comments:

  1. RM 500 PUN RAKYAT FIKIR 2 - 3 X UNTUK TANDATANGAN. JIKA RM10,000.00 ...OK LA. PEMIMPIN UMNO MAKAN JUTA-JUTA...TAK KAN RAKYAT NAK DIBERI RM500 AJE....KURANG-KURANGNYA RM5000, MELANCONG 3 HARI 2 MALAM DI LANGKAWI, KAIN PELEKAT UNTUK KEGUNAAN 5 TAHUN PUNYA STOK. BASIKAL BAGI YG PUNYAI ANAK....BARU LAH BERBALOI!!!

    ReplyDelete
  2. RM500???? Apa ..ingat ini ahli bawahan UMNO ke...boleh dibayar RM20 semata-mata nak naikkan bendera UMNO masa pilihanraya TAPI Ketua Cawangan & Bahagian sebat ribu - ribu. Habis pilihanraya.... Ketua Cawangan pun tukar kereta Honda Accord Baru....macam Ketua Cawangan Taman Saga??? Habis PRU12....dia pun bergaya??? Ahli bawahan UMNO, sampai plet motor patah pun nak ganti kena tunggu hujung bulan dapat gaji baru ganti....KESIAN!!!!

    ReplyDelete
  3. KDN pun boleh tipu poll ISA...ni kanmamat-mamat UMNO....sendiri sain le....kalau tak menipu bukan UMNO.

    ReplyDelete
  4. Tengok betapa bodohnya orang UMNO. Dah hilang semua modal sekarang dok jaja slogan bodoh untuk mengagui mata rakyat. Rakyat tak bodoh seperti depa. Penipu tetap penipu. Rakyat mahukan Anuar. Tak payahlah kelentong ke sana ke mari. Orang dah benci. BODOH

    ReplyDelete
  5. ADUI! kenyataan yang menyakitkan hati.

    Tak habis2 nak tipu rakyat.

    Pergi jahanam le umno.

    ReplyDelete
  6. Suruh Pak Mydin dan Pak jib jaga khemah tuu minta org sain musti ramai 'beruk' datang...

    ReplyDelete
  7. Mat Toge lama tak komen...pi kempen tandatangan kerr..

    Sain mu Mat Toge camana?? nanti aku nak cek tengok ada ker tak??
    Kan mu sehidup semati ngan Ameno..takkan tak sain.

    ReplyDelete
  8. Dapatkan Nama dan No Ic Rakyat Malaysia dr Jab Pendaftaran, kemudian sain sendiri..tipu Wartawan UM, BH, Kosmo..Heboh satu Malaysia. Silap-Silap masuk TV 1,2,3,7,8,9 ..1Malaysia kena TIPUUUU....

    ReplyDelete
  9. Dapatkan Nama dan No Ic Rakyat Malaysia dr Jab Pendaftaran, kemudian sain sendiri..tipu Wartawan UM, BH, Kosmo..Heboh satu Malaysia. Silap-Silap masuk TV 1,2,3,7,8,9 ..1Malaysia kena TIPUUUU....

    ReplyDelete