BUKIT MERTAJAM 15 Ogos — Kementerian Kesihatan menasihati penyokong parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir supaya tidak mengadakan perhimpunan besar-besaran pada hari penamaan calon, Isnin ini.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata langkah itu bagi membendung penularan wabak influenza A (H1N1) yang semakin meningkat di negara ini.
“Saya harap orang ramai yang tidak terlibat dengan hari penamaan calon itu supaya tidak berkumpul beramai-beramai di pusat penamaan calon,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam di sini, hari ini.
Beliau berkata pada hari pengundian 25 Ogos ini dan hari penamaan calon yang akan diadakan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam di sini, kementerian akan membuka dua kaunter di perkarangan institut itu bagi mengedarkan topeng muka dan cecair pembersih kepada orang ramai.
Selain itu, Liow berkata Pejabat Kesihatan Daerah juga akan memantau penyediaan makanan untuk petugas yang terlibat pada hari penamaan calon dan pengundian. - Bernama
* Terutama ahli Umno yang sudah semakin pupus.
No comments:
Post a Comment