SHAH ALAM 14 Ogos – Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim berpendapat Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock mungkin membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14, Plaza Masalam pada 16 Julai lalu.
Beliau menolak kemungkinan Beng Hock terjatuh secara tidak sengaja atau dibunuh berdasarkan kecederaan yang dialami, laporan profil asid deoksiribonukleik (DNA), toksikologi serta lawatan-lawatan ke tempat kejadian. - Utusan
Inkues : Geseran tapak kasut bukan sebab diseret
SHAH ALAM 14 Ogos – Geseran pada tapak kasut kanan milik Teoh Beng Hock berlaku akibat kaki Setiausaha Politik Exco Selangor itu mencecah lantai terlebih dahulu semasa dia terjatuh dari tingkat 14, Plaza Masalam dan bukannya disebabkan diseret.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Dr. Khairul Azman Ibrahim berpendapat sedemikian berikutan wujudnya kesan geseran serupa di lantai berhampiran mayat Beng Hock.
Beliau yang menyambung keterangan pagi ini juga berkata, ia konsisten dengan kecederaan dialami Beng Hock yang menunjukkan yang menunjukkan badannya condong ke arah kanan dengan kaki dan punggungnya mencecah lantai dahulu sebelum anggota badan lain. - Utusan
macam kena seret ke tepi tingkap jer..
ReplyDeleteKalau org mati kena tikam...tiada bukti spt DNA dan sebagainya..adakah dia bunuh diri juga sebab tikam diri sendiri..
ReplyDeleteKes ditutup!!