PUTRAJAYA 22 Julai - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menerima keputusan Jemaah Menteri berhubung inkues awam dan penubuhan Suruhanjaya Di Raja bagi mengkaji peraturan soal-siasat yang digunakan suruhanjaya itu semasa menyoalsiasat setiausaha politik Exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.
SPRM dalam kenyataannya berkata, ia berharap dengan adanya inkues awam dan penubuhan Suruhanjaya Di Raja itu, kebenaran dalam isu yang dibangkitkan orang ramai akan terbukti akhirnya. - Bernama
No comments:
Post a Comment