SHAH ALAM 22 Julai - Kerajaan Selangor akan melantik peguam pemerhati bagi mengikuti prosiding Suruhanjaya Di Raja dan inkues berhubung kematian Setiausaha Politik kepada seorang anggota Exco Selangor, Teoh Beng Hock Khamis lepas.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah itu perlu memandangkan mendiang Teoh adalah pegawai kerajaan negeri dan juga untuk memastikan hak-hak mendiang dan keluarganya terbela. - Bernama
No comments:
Post a Comment