22 July 2009

Kes Teoh: Ahli BN demo sokong SPRM, polis

Kira-kira 60 penyokong Umno dan parti komponen BN menyertai demonstrasi di hadapan pusat membeli-belah Ampang Point untuk menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock dan tidak mahu ia dipolitikkan oleh parti pembangkang.

Perhimpunan selama kira-kira 15 minit diketuai oleh ketua Umno bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Ia disertai ahli Umno bahagian-bahagian Ampang, Gombak dan Pandan. Manakala ahli-ahli MCA, MIC, PPP dan Gerakan pula semuanya dari Ampang.

Dalam perhimpunan ringkas itu, mereka membawa kain rentang yang bertulis 'Umno bahagian Ampang yakin kredibiliti SPRM dan polis untuk teruskan siasatan' dan 'Umno bahagian Ampang menyokong tindakan SPRM dan polis".

Mereka juga membawa poster yang antaranya bertulis 'Jangan ganggu tugas SPRM dan polis, teruskan siasatan' dan 'Pembangkang jangan alihkan isu!!!'.

Mereka turut melaungkan 'Hidup Umno' dan 'Hidup BN'.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ismail menegaskan sokongan kepada SPRM yang menurutnya mempunyai kekebalan sewajarnya dalam menjalankan siasatan.

Katanya, mereka juga memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada polis dalam menjalankan siasatan secara adil dan profesional.

Polis arah bersurai

Ismail berkata, mereka percaya amanah yang diberikan kepada SPRM dan polis akan dilaksanakan menurut budi bicara dan undang-undang negara sebagai badan bebas yang berkanun.

Beliau juga memberi amaran tegas kepada pihak-pihak yang menurutnya tidak bertanggungjawab supaya jangan menimbulkan isu perkauman daripada kes kematian Teoh tersebut.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas itu, Ismail menyampaikan simpati mereka kepada keluarga Teoh.

Sambil menggesa supaya isu itu tidak dipolitikkan, beliau sebaliknya berkata, isu sebenarnya ialah rasuah dalam kepimpinan negeri Selangor.

"Kalau isu cuba dieksploitasi (oleh pembangkang), kita beri kata dua, kenyataan yang boleh membuatkan negara huru-hara, kita 'membujur lalu, melintang patah'. Oleh itu, SPRM dan polis, teruskanlah jalankan siasatan," kata Ismail, sambil disambut sorakan peserta demonstrasi itu.

Oleh itu, Ismail meminta rakyat supaya jangan terkeliru dengan isu tersebut dan tidak terpengaruh dengan dakyah dan kenyataan berat sebelah parti pembangkang, sehinggalah selesai siasatan polis.

Ketika sidang akhbar selepas perhimpunan itu, pegawai polis menemui Ismail dan meminta beliau mengarahkan perhimpunan itu bersurai.

Berikutan itu Ismail, dengan menggunakan pembesar suara, meminta mereka bersurai.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hasan memberitahu pemberita bahawa perhimpunan itu diadakan tanpa permit polis.

Oleh itu, katanya, polis akan memanggil pihak penganjur untuk memberi keterangan.

Katanya, pihak polis mengarahkan mereka bersurai kerana perhimpunan itu mengganggu lalulintas di Jalan Ampang.

- Malaysiakini

* Siapa tak sayang kuda sendiri...

6 comments:

  1. panggil buat apa dah..dah buat demo tanpa permit tangkap saja lah tadi masa demon tuu..lepas tu habis soalsiasat lepas pukul 3-4 pagi...bagi hantu mengusik kot tengah jalan...aku pun tak berani nak jalan sorang2 awalpagi tuuu bukan takut hantu..tapi takut buaya rogol...

    ReplyDelete
  2. Semuga rakyat Malaysia tidak jadi bodoh seperti ahli UMNO yang dipimpin oleh Ismail Kijo kerana menyokong SPRM dan Polis melakukan kezaliman....

    ReplyDelete
  3. Penduduk Lembah Jaya memang tak boleh dengar nama Ismail Kojol... Dia nielah pemimpin UMNO yg dah beratus kali perbodohkan ahli UMNO dan jadi barua pada Cina. Sampai tanah sekolah agama Lembah Jaya pun diserahkan pada pemaju,...nasib baik ada YB Kassim....dapat balik tanah tersebut. Ramai ahli UMNO di setingan Sg Purun dulu diperbodohkan hanya kerana semata-mata utk dapat rumah perpindahan. Ismail Kojol ni memang patut mati dibaham anjing!!!

    ReplyDelete
  4. Penduduk Lembah Jaya memang tak boleh dengar nama Ismail Kojol... Dia nielah pemimpin UMNO yg dah beratus kali perbodohkan ahli UMNO dan jadi barua pada Cina. Sampai tanah sekolah agama Lembah Jaya pun diserahkan pada pemaju,...nasib baik ada YB Kassim....dapat balik tanah tersebut. Ramai ahli UMNO di setingan Sg Purun dulu diperbodohkan hanya kerana semata-mata utk dapat rumah perpindahan. Ismail Kojol ni memang patut mati dibaham anjing!!!

    ReplyDelete
  5. Ya memang betul......"Membujur lalu, Melintang patah" PiRAH!!! Ismail Kojol...org UMNO bolehlah kau perbodohkan....tak sedar lagi ke....Rakyat Ampang dah benci pada UMNO ..lebih-lebih lagi penduduk Lembah Jaya....mentang-mentang dapat bini muda...bini pertama kau ceraikan??? Inilah pemimpin UMNO...bernafsu binatang!!!!

    ReplyDelete
  6. Aku sokong dan sebahagian dari penduduk Lembah Jaya....jika aku jumpa Ismail Kijo nie kat Pasar Juadah dalam bulan posa nie...PASTI aku akan ludah kat mukanya...Tunggulah!!!!

    ReplyDelete