22 July 2009

Sime Darby labur RM15 juta tingkat keselamatan

Sime Darby Bhd (Sime Darby) melalui Sime Darby Property Bhd melaburkan lebih RM15 juta bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan pembangunan hartanahnya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid berkata, semua hartanah yang dibangunkan selepas ini akan mempunyai ciri keselamatan komprehensif dan canggih.

Menurut beliau, pihaknya mahu mengubah konsep pembangunan hartanah kepada pusat terkemuka dilengkapi dengan infrastruktur.

“Inisiatif ini memberikan keyakinan kepada pembeli rumah dan penghuni kerana konsep hari ini adalah persekitaran perbandaran yang selamat.

“Ara Damansara dijadikan sebagai model pertama dan akan mewujudkan seumpamanya dalam perbandaran akan datang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Bandar Selamat Ara Damansara di Petaling Jaya, semalam.

Dengan keluasan 762 ekar, Ara Damansara adalah pembangunan bersepadu berdensiti rendah tempat tinggal dan komersial di utara Petaling Jaya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Property Bhd, Datuk Tunku Putra Badlishah Tunku Annuar pula berkata, inisiatif bandar selamat pertama itu membabitkan pelaburan RM4.4 juta.

“RM1.1 juta diperuntukkan untuk membangunkan Balai Polis Ara Damansara, manakala RM2.3 juta untuk sistem pengawasan kamera litar tertutup (CCTV).

“Ini sebahagian daripada komitmen kami dalam memenuhi kehendak dan cita rasa tinggi pelanggan terutama aspek kualiti dan keselamatan,” katanya.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

- Sinar Harian

2 comments:

  1. bila projek hartanah itu siap yang beharga berjuta ringgit,melayu tak duduk,hampir 100% cina-cina yang berduit saja tinggal disitu, maka jadilah anggota-anggota polis kita yang bertugas disitu kerjanya jaga bangsa cina ini(secara tak langsung jadi pekerja depa).akhir sekali kalau ada apa-apa kejadian maka tengoklah nanti bagaimana bangsa-bagsa cina ini bersuara...

    ReplyDelete
  2. AHLI UMNO DIPERBODOHKAN LAGI OLEH PEMIMPINNYA........SAMAPI ADA AHLI UMNO YG PATAH NO. PLET MOTOR NAK TUKAR PUN KENA TUNGGU GAJI HUJUMG BULAN???? TAPI PEMIMPINNYA ADA RUMAH 24 JUTA????

    ReplyDelete