23 July 2009

Nizar sepatutnya tidak hadir nyalakan lilin – Dewan Ulama Pas

KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.

Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.

“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.

- Utusan

* Harun ragu maka harus dia tinggalkan. Nizar tidak ragu maka tidaklah menjadi masalah.

8 comments:

  1. kepale hotak ko! ni la konon nye islam sejati..bile org kasi pendapat yg xmenyebelahi pendapat diri sendiri xnak plk dgr..ko tu belaja islam smpai peringkat ape?selambe nak lawan datuk harun..nizar tu ulama'sgt2 ke?

    insaf la bai..

    ReplyDelete
  2. Buat Datuk Harun Taib,
    Ketika DS Nizar nak gi majlis ni, dia tau ke ada majlis bakar lilin??
    Dia tak diberitau ada upacara bakar lilin? Biasanya acara sebegini adalah spontan aja.. so dia terperangkap. Serba salah dibuatnya..
    Bila keadaan begini, pasti DS Nizar hanya menjaga akidah dia sendiri, maksudnya menjaga niat agar tidak menyimpang.
    Kalau Datuk Harun Taib tiba2 berada dlm majlis sebegini dimana tiba2 ada upacara bakar lilin?? Datuk buat mcm mana??

    ReplyDelete
  3. Dakwah penting dlm syiar islam... so mari kita perbaiki Akhlak & Ilmu. nizar ingin dkt dgn rakyat, tak salah, & upacara bakar lilin simbolik kpd berkabung. isu nizar ada dlm majlis tu, pd pndpt sy ingin memberi pghormatan pd mendiang teoh, jg tak salah. Yg salah nya Nizar ada dlm majlis tu... salah betul salah betul... susah nk ckp.. Ulama intepretasi kn pn ambigously. ya senang, tanya nizar sendiri apa niat dia.

    ReplyDelete
  4. Apa-apa pun UMNO tu tetap HARAM di hati Rakyat...kerana UMNO lah...mcm-mcm perkara pelik berlaku diMalaysia. UMNO memang patut dihancurkan kerana UMNO = Komunis = Yahudi.

    ReplyDelete
  5. Haram di hati rakyat macam mane plak..aku pun rakyat Malaysia gak..kat sekolah aku ramai cikgu yg masih setia jadi ahli UMNO..cuma ahli UMNO ni..dia tak berlagak ,,tak pandai nak meninggi diri..dan yg paling aku tabik dia org ni tak pandai nak menyakiti hati org lain..anon 11.37 ni gerenti dah terlebih hidu tahi H1N1..apa pun niat Nizar..Nizar sebenarnya dah terlalu kemaruk jawatan MB,apatah lagi camry yg diidam2kan dah tiada lagi..sepatutnya Harun kata mcm ni..Nizar bebas melakukan apa sahaja..itu hak dia..ini negara Malaysia..negara demokrasi..Nizar nak makan lilin tu sekalipun tak pe..Nizar nak masuk ke dalam keranda tu sekali pun tak pee..Nizar nak terjun atau diterjunkan mcm tu pun tak pee..sebab ,Nizar dah gilerrrr..org gilerrr bebas buat apa yg dia sukeeeee

    ReplyDelete
  6. TENTU CIKGU KAT SEKOLAH BUDAK MERBOK BODOH-BODOH BELAKA....SEBAB DIA AHLI UMNO. BILA MAHATIR KATA GUNA BAHASA INGGERIS DLM SAINS & MATEMATIK ..CIKGU UMNO YG BODOH PUN SOKONG...ANGUK KEPALA...BILA MUYIDIN KATA BATAL ...CIKGU UMNO YG BODOH TADI PUN SOKONG...PASAL TU GEJALA SAMSENG MAKIN MENJADI-JADI SEBAB CIKGU KAT TEMPAT BUDAK MERBOK LA NIE??? BUDAK MERBOK NIE PASTI BUKAN AHLI UMNO SEBAB KATANYA AHLI UMNO TAK PANDAI MENYAKITI HATI ORG...BODOH LA TU NAMANYA KALAU TAK PANDAI. MUNGKIN JUGA BUDAK MERBOK NIE KOMUNIS. KALAU NAK TAU UMNO HARAM DIHATI RAKYAT TENGOK AJE KEPUTUSAN PRU 6 - 0. UNDER DOG...PENANTI MEMBASIR KATANYA...MANIK URAI..BERJUTA KELUAR TAK APA...YG PENTING AHLI UMNO BAWAHAN DAPAT DIPERBODOHKAN???

    ReplyDelete
  7. Biarkanlah dia...nama pun Budak Merbok...dah tentu bodoh jadinya...lagi pun nak jadi ahli UMNO tak leh lagi sebab masih budak. Pemimpin UMNO memang suka budak merbok nie sebab senang nak kelentong...bagi diskaun 20% pada yg guna 80 kali tol...mesti budak merbok bodoh nie suka...tapi tak sedar kena tipu??? Betul kata Anon 4.38....ahli UMNO nie bodoh sebab tak pandai nak meninggi diri..dan yg paling aku tabik dia org ni tak pandai nak menyakiti hati org lain...kira BODOH la tu....Tak sabar nak tunggu PRU lagi...nak togk apa kata pemimpin UMNO kat budak merbok nie...membazir ke atau tak??? Apa-apa tahniah pada Rakyat kelantan yg bijak bagi Pas menang tipis aje...biar UMNO kena tunaikan janji buat jambatan dan sebagainya....macam nie lah rakyat bijak.. jgn jadi rakyat malaysia macam budak merbok yg bodoh krna sering diperbodohkan oleh pemimpinnya.

    ReplyDelete
  8. hahaha..tak meninggi diri tu la kene tipu..ada ke patut lalu tol 80 kali baru dapat diskaun..mcm tak nak bagi je..dah la setiap taun umum keuntungan beratus juta..tak malu!buat jalan bukan untuk dapat untung banyak!tu tanggungjawab kerajaan!kalo tol untuk maintenance aku tak kisah pun byr bodoh!air,letrik patut kerajaan pegang,bukan diswastakan,bukan untuk untung!dasar penswastaan keperluan asas adalah dasar yang paling bodoh dan menyusahkan rakyat!UMNO akan kalah PRU 13!

    ReplyDelete