22 July 2009

Noordin dianggap pengganas licik

JAKARTA - Militan paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mat Top dianggap sebagai pakar membuat bom dan sukar ditangkap walaupun hampir 10 tahun diburu.

Noordin yang juga rakyat Malaysia dianggap sebagai pembiaya keganasan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) selepas serangan bom di Bali pada 2002 dan 2005.

Terbaru, Noordin dikaitkan dengan serangan di Hotel Ritz Carlton dan Hotel JW Marriott di Jakarta pada minggu lalu.

"Noordin adalah pengganas yang bijak dan licik," kata bekas ketua pasukan khas antipengganas Indonesia, Brigedier Surya Dharma.

"Dia mahu menunjukkan bahawa dia layak menjadi komander al-Qaeda di sini (Asia Tenggara)," katanya.

Lelaki yang juga pandai melakukan penyamaran itu melarikan diri ke Riau pada 2002 sebelum merancang serangan bom di Bali.

Noordin dilaporkan melancarkan serangan di Indonesia selepas menerima sokongan al-Qaeda.

Polis mengedarkan gambarnya di seluruh negara dan menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM350,000) kepada sesiapa yang memberikan maklumat sehingga tertangkapnya Noordin.

Dia dilaporkan hampir ditangkap dalam serbuan di Palembang pada Julai 2008.

- Sinar Harian

No comments:

Post a Comment