26 July 2009

Satu program sebulan di semua 56 DUN...

Satu program sebulan di semua 56 DUN, intipati Pintas rampas Selangor KUALA LUMPUR 26 Julai - Jentera penerangan UMNO Selangor diminta supaya mengadakan kempen penerangan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan di setiap 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu bermula Ogos depan.

Ketua Penerangannya, Ahmad Maslan berkata, program itu merupakan sebahagian daripada intipati Program Inisiatif Tawan Selangor (Pintas) yang dilancarkan secara rasmi hari ini dan menjadi satu daripada usaha penerangan untuk merampas kembali Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

“Melalui Pintas, semua jentera penerangan di setiap DUN diminta mengadakan aktiviti penerangan bagi menarik kembali sokongan rakyat. Antara program yang bakal diadakan ialah sesi ceramah umum dan berkelompok, pertandingan syarahan serta kempen memasang banner.

“Contohnya, melalui pertandingan syarahan penganjur (penerangan) boleh memilih tajuk-tajuk yang sensasi seperi ’Kerajaan Selangor Zalim' dan `Di Sebalik Kematian Teoh Beng Hock’.

“Ini akan memberi peluang kepada peserta meluahkan pandangan mereka dalam membongkar segala penyelewengan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Selayang di sini hari ini.

- Bernama

* Syarahan bertajuk "Khir Toyo Membina Banglo Jutaan Ringgit" boleh?

2 comments:

  1. Kerajaan PKR Selangor..tahniah diucapkan kerana bil air rumah sy sentiasa free..wpun sedikit,tapi sumbangan mcm tu yg masyarakat nak..kalau la TNB pun kerajaan PKR ni pegang,letrik mesti lagi murah tak pun free gak!Alhamdulillah..kami akan sokong PR!ni la contoh privatisation letrik dan air tak patut berlaku!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih juga pada PR Selangor, kerana mengenakan kadar sewa kedai tepi jalan yg pernah menjadi projek Ismail Kijo & kunci-kuncinya sebanyak RM50 sebulan. Adakah benar info yang saya terima dari maklumat dalaman dari Bekas Pemimpin UMNO Ulu Langat yg masuk Keadialan ialah...jika PR tak menang diSelangor...charge kedai tepi jalan akan dikenakan sebanyak RM450 sebulan...RM50 utk MPAJ dan selebihnya utk Ismail Kijo & Kuncu-Kuncunya???? Jahanam lah wahai Ismail Kijo.....rompak hasil rakyat utk berkahwin dua....bini pertama diceraikan??? Tanah sekolah agama Lembah Jaya diberi pada Pemaju Cina....nasib baik YB Kassim berusaha mendapatkannya semula. Tahniah!!! YB Kassim....Kami penduduk Lembah Jaya akan memberi sokongan sepenuhnya pada YB & PR sehingga UMNO dihancurkan.

    ReplyDelete