26 July 2009

Polis akan siasat kes serang di Komtar

PULAU PINANG 26 Julai - Polis akan menyiasat kes seorang anggota MIC menyerang pembantu Timbalan Ketua Menteri II, P.Ramasamy di Komtar beberapa hari lalu selepas sekumpulan pemimpin parti itu menyerahkan memorandum berkaitan Kampung Buah Pala ke pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Polis akan mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak dan saksi kejadian itu, kata Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Yaakob kepada pemberita selepas merasmikan Program Gerak Padu Masyarakat ke Arah Perpaduan di sini hari ini.

Menurutnya, polis sentiasa memantau perkembangan isu Kampung Buah Pala bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Penduduk kampung itu dikehendaki mengosongkan rumah masing-masing pada 3 Ogos ini setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan mereka untuk kekal di tanah yang mereka duduki sejak sekian lama bagi memberi laluan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd membangunkan tanah itu.

- Bernama

No comments:

Post a Comment