26 July 2009

27 ahli ajaran sesat ditahan

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menahan 27 ahli ajaran Budi Suci dalam satu operasi bersepadu di Taman Cheng Jaya Kampung, petang kelmarin.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, mereka yang ditahan itu dalam lingkungan umur 19 hingga 55 tahun, termasuk guru ajaran sesat tersebut yang berumur 72 tahun dan tiga wanita.

Katanya, mereka ditahan kerana melanggar fatwa diwartakan pada 2 Ogos 2007 bahawa ajaran berkenaan adalah menyeleweng daripada Islam.

“Setelah membuat pemantauan yang lama, kami mendapati aktiviti mereka masih berjalan, lalu kami mengambil tindakan terhadap mereka berdasarkan fatwa yang telah diwartakan.

" Mereka yang ditahan itu terdiri daripada tiga wanita, manakala selebihnya lelaki," katanya.

- Sinar Harian

No comments:

Post a Comment