JAKARTA 19 Julai - Polis hari ini mengesahkan semua sembilan terbunuh dalam serangan bom berani mati di Hotel JW Marriot dan Ritz Carlton, Jumaat lalu, ialah warga negara asing.
Jurucakap polis berkata, setakat ini hanya seorang yang telah dikenal pasti iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Holcim Indonesia, Timothy David Mackay berusia 60 tahun.
Mangsa yang cedera pula ialah sebanyak 53 mangsa iaitu 16 warga negara asing dan 37 lagi warga negara Indonesia.
Warga negara asing pula terdiri daripada 6 warga Amerika Syarikat, 1 Australia, 2 Belanda, 2 Kanada, 1 India, 2 Korea Selatan, 1 New Zealand, dan 1 Norway.
- Utusan
No comments:
Post a Comment