KUALA LUMPUR 19 Julai — Sebuah kelab gay yang menjadi tumpuan lelaki yang mempunyai keinginan pada kaum sejenis terutama di hujung minggu diserbu polis dalam satu operasi di Jalan Yap Kwan Seng di sini awal hari ini.
Serbuan pada pukul 1.30 pagi mendapati terdapat lebih 500 pengunjung majoritinya lelaki yang sedang asyik menari, malah ada yang bercumbu dan membuat aksi mengghairahkan.
Pegawai Penyiasat Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) ASP Mohd Ashril Md Johar yang mengetuai operasi itu berkata 28 lelaki dan empat wanita, berumur antara 20 dan 50 tahun, ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamin.
Kesemua yang ditahan disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000.
Polis turut menemui dadah jenis Eramin 5 di lantai kelab itu yang dipercayai dibuang oleh pengunjung kelab, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
— BERNAMA
dengar cite DSAI pernah mengunjungi club nie..kalau le cite nie betul..juak2 PR tentu kata itu konspirasi Najib dan UMNO
ReplyDeletebuat fitnah dosa besar wei tambi
ReplyDelete