19 July 2009

2 wartawan dipanggil beri keterangan lapor berita palsu

KUALA LUMPUR 19 Julai – Dua wartawan sebuah akhbar tempatan yang sering memaparkan isu-isu sensasi dipanggil polis bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur berhubung laporan muka hadapan akhbar tersebut semalam yang bertajuk “Restoran Berahi”.

Kedua-dua wartawan tersebut dipanggil memberi keterangan malam semalam selama dua jam iaitu dari pukul 8 hingga 10 malam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPKKL, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya memanggil kedua-dua wartawan tersebut berhubung pendedahan berani mengenai sebuah restoran yang kononnya menyediakan pelayan wanita seksi untuk melayan pelanggannya semasa menjamu selera.

Wartawan itu juga mendakwa perkhidmatan itu hanya terbuka kepada ahli restoran itu dengan perkhidmatannya diadakan pada hujung minggu tertentu sahaja.

Ku berkata, laporan yang dikeluarkan itu adalah palsu kerana siasatan mendapati restoran tersebut tidak wujud.

- Bernama

* Tidak wujud polis KL kata... Bukit Aman kena tengok ni...

No comments:

Post a Comment