PKR menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) semalam sebagai "kurang daripada yang diharapkan dan mengecewakan".
"Ia melengah-lengahkan apa yang patut disegerakan. Sepatutnya PPSMI dari mulanya tidak dilaksanakan sama sekali.
"Sebaliknya selepas berbelanja lebih dari RM4 bilion untuk melaksanakannya dan setelah didesak oleh pelbagai pihak, barulah kini kabinet putuskan untuk memberhentikannya," kata Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali.
Katanya, biro politik PKR bermesyuarat petang semalam untuk membincangkan keputusan kabinet memansuhkan PPSMI mulai 2012 yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran.
"Yang mengecewakan ialah kabinet memutuskan penamatan dasar ini, akan berkuatkuasa pada 2012 dan bukannya serta-merta mulai tahun depan. Kenapa mesti ditangguh selama tiga tahun, tidak diterangkan oleh menteri pelajaran," katanya.
Seterusnya, kata beliau, murid yang sekarang belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan dipaksa terus mengikuti dasar tersebut sehingga tamat persekolahan mereka.
"Ini tidak akan meredakan rasa tidak puas hati di kalangan ramai anggota masyarakat, terutama yang memperjuangkan kedaulatan Bahasa Malaysia," katanya.
PPMSI, kata Syed Husin dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang kajian dan perundingan ramai.
"Kenapakah apabila hendak ditamatkan, perlu dilengah-lengahkan? Kami menggesa supaya kabinet bersikap ikhlas dan mengkaji semula keputusannya," kata beliau.
Murid-murid, katanya, perlu cekap dalam bahasa Inggeris dan sebaik-baiknya, ini dilakukan dengan mengajar bahasa dan sastera Inggeris sebagai mata pelajaran.
"Kerajaan berdadang hendak mengambil guru bahasa Inggeris dari luar. Kita mesti pastikan meraka terlatih dan berdedikasi.
"Beberapa tahun lalu, ada percubaan mengimport guru Inggeris, akan tetapi akhirnya gagal," tambahnya.
- Malaysiakini
HELO PKR..WA TALAK NAMPAK SATU APA PUN LU OLANG PUNYA SUMBANGAN..DAN WA PUN TALAK HALAP LU DAPAT BIKIN APA2..LU KASI HANTAM SAMA PPSMI DAN SEKALANG LU HANTAM LAGI..LU OLANG MEMANG BUSUK PUNYA HATI..LU OLANG MEMANG KAKI PUTAR ALAM..LU OLANG TALAK PIKIR ITU ANAK2..LU OLANG CUMA PIKIR MAHU JADI PM..LU OLANG ADA PAHAM KA ITU CILAK..ITU CILAKA SELUPA LU PUNYA OLANG
ReplyDeletewoi GAP bangang, itulah yang dok petahankan sangat bahasa penjajah tu sampai komen pun tunggang langgang.
ReplyDeletekalau nak harap puak puak ameno apa hampa boleh buat,setakat dok tunjuk keris bodoh boleh la!!!
mana ada ahli bahasa yang kebuloq nak dok bawah naungan najis umno.yang umno tau gadai bahasa,jual bangsa,jual tanah air,pinggirkan islam,buat ajaran sesat HADHARI,bunuh ulamak,bunuh orang pakai c4(BINI PUAKA),balun rasuah buat macam harta sendiri,buat istana sampai 22juta tak padan dgn DC GIGI saja dan banyak lagilah lu pkirlah sendiri..........
biasalah..Blogger UMNO/Betina Puaka Najib (BPN) semua bodoh sombong..tq kpd mereka..ade sorg follower aku kuat sokong UMNO sblm ni..then slalu ckp mcm2 bkaitan ape yg aku smpaikan..
ReplyDeletebila aku ambil sumber yg mereka tulis dan compare dgn pihak PR,ternyata anak2 muda yg pro UMNO telah berasa jijik dgn CyberTroopers UMNO..tahniah..TQ..
BPN xde Ilmu..die tak kenal sapa Syed Hussin..semak sejarah UKM la beb..