09 July 2009

Malaysia bukan tempat urus niaga senjata nuklear

PUTRAJAYA 9 Julai — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia tidak akan membenarkan negara ini atau sistem perbankannya digunakan bagi transaksi percambahan senjata nuklear.

Perdana Menteri berkata, negara ini tidak menyokong percambahan senjata nuklear.

“Kami tidak mahu dituduh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan resolusi atau norma Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan Kesembilan di pejabatnya di sini.

Malaysia, katanya akan membantu Amerika Syarikat (AS) melakukan siasatan ke atas dakwaan bahawa sebuah bank tempatan telah digunakan bagi melakukan transaksi sedemikian.

Beliau diminta mengulas dakwaan bahawa Korea Utara menggunakan bank Malaysia untuk menyalurkan transaksi kewangan bagi melakukan urus niaga senjata nuklear.

“Kami sedang menyiasat secara terperinci mengenai perkara itu. Kami tidak mahu Malaysia, termasuk sistem perbankan digunakan bagi tujuan berkenaan,” katanya.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment