15 July 2009

Pengundi muda MU tolak PAS

Salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

"Saluran (mengundi) orang tua menyokong kita, manakala saluran yang ramai muda, kita gagal di situ," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai semalam, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 65 undi sahaja.

Beliau mendapat 5, 348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

"Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS Kelantan akan membuat penilaian untuk mengkaji mengapa wujudnya sikap tidak menentu di kalangan pengundi muda, termasuk di Manek Urai.

Difahamkan, BN memang di lima daripada sembilan pusat pengundian, iaitu Temalir, Laloh, Manek Urai Baru, Manek Urai Lama dan Manjor.

Manakala PAS pula menang di Lata Rek, Peria, Chuchuh Puteri dan Sungai Sok.

Dalam pilihanraya umum tahun lalu, PAS menang di semua pusat pengundian, kecuali di Manjor.

- Malaysiakini

* Mereka sokong PAS, cuma kali ini mereka mengharapkan sebuah jambatan. Apabila jambatan itu sudah siap nanti, pilihanraya ke-13 mereka undi PAS balik.

3 comments:

  1. orang muda plak disalahkan? siaplah PAS lepas ni .. mmg takkan orang muda undi PAS lagi .. padan muka!

    ReplyDelete
  2. Org muda tahu..mereka lebih pandai drpd calon yang diletakkan..takkan lah mereka rela dan nak pilih pesara penjual ikan jadi pemimpin plak..kalau ada lagi pilihanraya kecil lepas ni..cubalah plak letak penoreh getah

    ReplyDelete
  3. yang pasti parti yg sokong mungkar kalah...itu janji Allah...TAKBIRRRR!!!!!

    ReplyDelete