17 July 2009

Badan bebas perlu ditubuh siasat kematian Beng Hock

KUALA LUMPUR 17 Julai - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mahu sebuah badan bebas ditubuhkan bagi membantu siasatan kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock semalam.

Tsu Koon yang terkejut dan terganggu dengan kejadian itu berkata, satu siasatan terperinci perlu dilakukan kerana kejadian berlaku berhampiran bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Adalah baik jika sebuah badan atau individu bebas dijemput untuk meneliti penyiasatan kes itu bagi mengelakkan imej negatif kepada SPRM,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup persidangan keempat mengenai Pertubuhan Persahabatan Rakyat-rakyat Asean-China di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, orang ramai ingin tahu apakah sebenarnya berlaku dan bagaimana insiden itu boleh berlaku di kawasan itu.

“SPRM sendiri dan penyiasatan kes itu mestilah jelas bagi mengelakkan sebarang spekulasi atau pandangan negatif, ini sangat penting. Sebarang keraguan tidak seharusnya timbul dalam pemikiran orang ramai bahawa wujud niat untuk menyembunyikan (maklumat insiden itu),” katanya.

- BERNAMA

* Gerakan pun sekata...

No comments:

Post a Comment