17 July 2009

Biar polis siasat - Muhyiddin

PUTRAJAYA 17 Julai - Berjanji tiada apa yang akan disembunyikan dalam siasatan kematian seorang setiausaha politik semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua pihak membenarkan polis menjalankan penyiasatan mereka tanpa sebarang halangan.

“Kami tidak boleh membuat andaian kerana kami masih belum mengenal pasti sebab di sebalik kejadian ini. Tolong jangan menunding jari kepada sesiapa.

"Kami tidak boleh menuduh sesiapa atau membuat dakwaan tidak berasas kerana ia akan menimbulkan masalah tidak sepatutnya kelak. Mari kita tunggu polis menyiasat kejadian ini.

“Apa pun, kami bukan mahu menyembunyikan sesuatu. Kami mahu perkara ini disiasat secara telus. Polis sedang menyiasat dan kita patut tunggu sehingga mereka menyiapkan siasatan mereka,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai pekerja asing di sini hari ini.

- BERNAMA

* Hasil 2 bedah siasat Kugen yang mati dalam tahanan polis berbeza dan kes Kugen tidak selesai lagi. Badan bebas perlu kerana rialitinya yang berlaku pada hari ini ialah rakyat kurang percaya polis.

No comments:

Post a Comment