17 July 2009

Polis sahkan mati mengejut

SHAH ALAM – Polis mengklasifikasikan penemuan mayat Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah di Tingkat 5, Bangunan Plaza Masalam dekat sini, semalam sebagai mati mengejut.

Mayat Teoh Beng Hock, 30, dikeluarkan dari bangunan berkenaan melalui pintu belakang kira-kira jam 9 malam dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai mati mengejut berikutan siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah yang berlaku.

“Bagaimanapun siasatan masih diteruskan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, empat unit patologi, dua dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dan masing-masing satu dari HTAR dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) turut dipanggil mengambil bukti.

“Kita tidak akan menyembunyikan apa-apa maklumat berhubung kes ini dan akan memastikan ia akan disiasat dengan adil,” katanya.

Menurutnya, beliau turut memberi peluang kepada keluarga mangsa untuk mencari ahli patologi mereka sendiri bagi turut sama dalam siasatan, bagaimanapun mereka gagal membawa sebarang ahli patologi sehingga mayat diangkat.

- Sinar Harian

* Apa motif tindakan mediang? Suka-suka lompat? Maka jadilah seperti kes Altantuya. Apa motif pembunuhan Antantuya?

3 comments:

  1. tu yg kami dok heran nie..apsal le teoh ni pergi lompat..sepatutnya kita perlu berani jika kita benar..mungkinkah ini arahan adun2 yg terlibat..biar pecah perut jgn pecah mulut..kalau le telahan aku betul..teoh telah dikambinghitamkan oleh ketamakan kuasa politik..buruk2 umno pun belum ada yg sanggup terjun bangunan

    ReplyDelete
  2. HARAP - HARAP... JANGAN ADA TANGAN HITAM SURUH YG BERKAITAN SIASAT SAMPAI MENGAKU WALAUPUN TAK BUAT??? KALAU TAK NGAKU....BELASAH. BILA BELASAH.. TUT...TUT...BERHENTI BERNAFAS??? APA NAK BUAT...BUAT CITER LA.....CAMPAK & BUAT CERITA DIA MELOMPAT...MASUK MEDIA UMNO,...AKHIRNYA AHLI UMNO BAWAHAN YG SEDIA ADA BODOH YG SERING DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA JUGA YG AKAN PERCAYA MEDIA UMNO???? SELEPAS TU BUAT BEDAH SIASAT MACAM KES KUGAN....DOKTOR PUN BAGITAU...MATI SEBAB ASMA??? BELUM TERJADI PADA ANAK-ANAK ATAU SAUDARA KITA...BILA DAH TERJADI BARU TAU....SEKARANG KENA KAT NYAWA ORG LAIN....TAK KISAH LA....

    ReplyDelete
  3. heran sangat, buleh plak suka2 lompat bangunan padahal esok nyer nak kawin??

    lagi satu, takder ke patologists dr academic background selain PPUM e.g. UKM, USM etc? nak tau gak apa academic findings diorang..

    ReplyDelete