20 June 2009

Undi BN boleh masuk syurga juga - Muhyiddin

KUALA KRAI 19 Jun — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden UMNO berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

“Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat),” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini.

- Bernama

* Hukum islam tak mahu nak laksana...

4 comments:

  1. apakah org PAS cemburu kalau org UMNO masuk Syurga..apakah tidak berdosa mendoakan org lain masuk neraka..apakah org PAS apabila berdoa mohon Allah menjahanmkan org Islam yg menyokong UMNO..apakah hak pembangkang utk menghukum kata2 muhyidin..org PAS ternyata tidak mahu ISLAM berkembang di bawah UMNO..kenapa???? kerana mereka sudah masuk kumpulan gila kuasa

    ReplyDelete
  2. Sebelum kita berkira-kira nak masuk syurga dihari akhirat, semestinya kita kena masuk syurga dunia dulu.

    Bagaimana rakyat boleh menyokong UMNO boleh masuk syurga sedangkan ahli UMNO yang memilih pemimpinnya mejadi lanun merampas segala hak dan keistimewaan rakyat.

    Segala projek pembangunannya sangat mahal komisyen nya tetapi tidak berkualiti...?

    Segala harga barangan keperluan hidup tidak stabil kerana kerajaan selalu mengambil kesempatan untuk menaikkan harga tanpa mempedulikan masaalah rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

    Oleh kerana ada pilihanraya maka pemimpin UMNO tukar tajuk undi Barisan Nasional masuk syurga...?

    Memang benar org PAS ternyata tidak mahu ISLAM berkembang di bawah UMNO..kenapa???? Islam boleh berkembang tanpa UMNO. Lagi pula mereka(UMNO)sudah masuk kumpulan gila kuasa !!

    ReplyDelete
  3. Jelas dan tepat kata2 Anon..PAS berjuang untuk menegakkan Islam kerana kuasa bukan kerana Allah..dan PAS seboleh-boehnya tidak mahu UMNO memperkembangkan Islam kerana kerana mereka tahu PAS akan hancur..apatah lagi mereka RASA sudah semakin hampir menjadi PM atau menteri kabinet..UMNO telah meruntuhkan ratusan masjid..UMNO juga telah menutup ribuan sek.agama..UMNO telah bersekutu dgn DAP..UMNO telah membenarkan kaki liwat menjadi pemimpin no.1..mungkin inilah yg menjadi doa ahli PAS

    ReplyDelete
  4. dulu bila nik ajis kata undi PAS masuk syurga..ahli UMNO relek aje..hari ini bila muhyidin kata undi UMNO pun boleh masuk syurga,,ahli2 PAS mula melibas2 mcm cacing kepanasan..apsal yee

    ReplyDelete