20 June 2009

Anak Raja Petra tukar pengakuan kepada tidak bersalah

SHAH ALAM 19 Jun - Anak kedua editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin hari ini menukar pengakuannya kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini ke atas empat pertuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah.

Raja Azman Raja Petra, 33, yang diwakili peguam J. Chandra dan Amarjit Singh Sidhu menukar pengakuannya selepas pertuduhan dibacakan semula.

Majistret Norkamilah Aziz menetapkan perbicaraan didengar mulai 14 hingga 16 September ini.

- Utusan

No comments:

Post a Comment